* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah
atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya
bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s.w.t.
* Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa
mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan
dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan
darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan
menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin
Allah.
* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50
kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah,
Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima
ilmu pengetahuan.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya
serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan
matanya.
* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada
pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat
pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan
syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat
menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda
menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan
lahir dan batin.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin
'Amr r.a.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar